Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ....... LAGI




Dah ramai-ramai anak ni lupalah pulak orang kat Muadzam pun lahir pada hari ini 18-8-91 bersamaan 9 Rabi'ul Awal 6.45pm hari Rabu. That is eighteen years ago. So 'Selamat Hari Lahir', semoga bertambah iman dan bertambah taqwa. Jaga solat, tambah kualiti diri, jaga akhlak dan tingkah laku dengan kawan-kawan, guru, keluarga dan yang lebih utama ialah akhlak dengan Allah Ta'ala. Jangan lupa, termasuklah menjaga 'aurat'.




Tahun ni nampaknya banyak hadiah !

Yang dah dapat ialah,

bebas dari ...

'KURANTIN'

yang lain tunggu balik rumah lah.


Ok, di doakan semoga sihat wal 'afiat. Selamat belajar. We all luv u.... wassalam


fr Abah

Friday, August 14, 2009

ANGAH ......... - CONGRATULATIONS

PERTAMA

Selamat Hari Jadi, hari ni 14hb Ogos 1987 / 18Zulhijjah, 1407 (Jumaat) 5.30 pagi di Hospital Besar Kuantan. Hmm... dah lama tu. Anyway, may god bless you and don't forget, pray to Allah always.
Jadilah cucu, anak, adik dan kakak yang baik. Show good examples to your youngers


Angah 22 yrs ago

KEDUA

Setelah bertungkus lumus selama 3 tahun at last you are now graduated from UMT. Tahniah di atas kejayaan dan markah yang bagus.

16 Julai 09

KETIGA

Tahniah kerana dapat tawaran sambung belajar dan (bekerja?) dari UIA on 13 Ogos 2009. Hmm ... setelah susah masa 1st degree, it seems macam nak ada duit dah ni. Ok, semoga berjaya, terus cemerlang, beriman dan berakhlak mulia.


Tahniah, tahniah, tahniah.


Dari : Abah

Monday, August 10, 2009

ANAK-ANAK KU, KENALI DAN INGATI ATUK - AL FATIHAH


Gambar Atuk (Md. Daud bin Mat Sam) di dalam pejabatnya, sewaktu menjadi Guru besar Sek. Keb Jengka 16 (1977 - 1984). Ketika itu berumur sekitar 50an.

Pemandangan Kg. Bantal Ulu Tembeling, dari seberang



Sewaktu mengangkat takbir solat tahiyatul masjid sebelum waktu subuh Jumaat 7 Ogos 2009 (di Masjid Kg. Bantal, Ulu Tembeling), air mata Abah tidak tertahan, mulanya bergenang di kelopak mata, kemudian membasahi pipi. Terkenang Atuk kamu semua, (Tok Daud) ayahanda Abah. Di masjid inilah (bangunan dah berubah), di kampung inilah Atuk telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dalam waktu yang cukup singkat dalam sejarah hidupnya. Selama satu tahun Atuk telah bertugas di sini sebagai Guru Besar, Sek. Keb. Kg. Bantal pada tahun 1975. Ini adalah kunjungan kali kedua Abah setelah kunjungan pertama pada tahun 2003.


Kini, selepas 34 tahun Atuk berada di sini, beliau masih diingati dan masih disebut namanya oleh mereka-mereka yang sempat bersama beliau. Sebahagiannya bekas anak muridnya, sebahagiannya adalah penduduk kampung yang telah dewasa semasa Atuk berada di kampung ini.
Sebaik menjejak kaki di jeti Kg. Bantal kira-kira jam 5.15 petang 6 Ogos, mata Abah mencari-cari orang-orang kampung yang agak berumur (>50an) yang berdiri mesra di tebing sungai jeti Kg. Bantal. Memang katanya begitulah kebiasaan penduduk di situ yang berehat di waktu petang, atau tidak mengira masa. Suasana tenang dan nyaman, memandang ke arah sungai yang menyaksikan perahu hilir mudik. Tidaklah begitu sibuk, tapi menyeronokkan. Sambil bersalaman, hati abah tidak sabar untuk memperkenalkan diri sebagai ‘anak cikgu Daud, yang pernah mengajar di sini’. Tidak sukar sama sekali untuk berjumpa dengan orang-orang yang mengenali Atuk. Selepas itu, orang kampung yang memang mudah mesra, lebih lagilah mesranya atas tiket ‘anak cikgu Daud’.
Ungkapan ‘ohhh...., anak cikgu Daud, yang makan sireh, yang hisap paip tu, kenal sangatlahhh....(identiti atuk) Rapat sangat, baik sangat dengan kome tuhh...’

‘Ayah aook (awak) tu baguh sangat, macam-macam pandainya dia. Serba serbi boleh, pandai berdikir, pandai mengemping, pandai main badminton. Tu padang badminton tu masa dialah embuatnya’.
‘Dengan bbebudak muda pandai, dengan orang tua pun pandai, pendeknya kome seronok sangat masa ada dia’
‘Masa dia ada, kome kenduri sokmo de masjid tu, jemaah (sembahyang jemaah) pun ramai’
‘Kuat mencari ikan tuh, siang malam tak kira’

Itulah ungkapan yang masih amat segar dalam ingatan orang-orang kampung yang sempat bersama dengan Atuk. Bayangkan, semua itu disebut selepas 34 tahun Atuk bersama mereka. Abah cukup kagum dengan kehebatan Atuk kamu. Betapa setelah sekian lama meninggalkan kampung ini, orang-orang yang memperkatakan tentang dia amat mengingati peristiwa-peristiwa bersama dengan dia. Betapa dia amat merendah diri, betapa dia begitu mesra, betapa dia menghormati orang tua dan betapa dia dapat menawan hati golongan muda. Kesemua itu Abah tidak merasai tidak menyedari dan tidak menghayati semasa hidupnya Atuk. Dan betapa kini Abah cuba menjejaki cuba mengingati dan cuba mempelajari kualiti yang ada pada diri Atuk. Betul sangatlah kata Wan, ‘Abah dema tu, air kaki Atuk pun tak ada’.

Betapa ruginya Abah, tidak menyedari dan tidak mempelajari segala kualiti tersebut semasa hayatnya. Kini,
‘I’m learning through the hard way, by trying to gather the good qualities of Atuk, from the mouth of other peoples. I really miss him. Marilah kita doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.



Gelanggang badminton dan Masjid yang menjadi tempat aktiviti Atuk



Pemandangan dari masjid menghala ke jeti Kg. Bantal (pastinya tempat Atuk bermenung mengingatkan keluarga yang ditinggalkan semasa bertugas).




Rakan dan bekas anak murid Atuk yang masih segar mengingati peristiwa semasa bersama Atuk 34 tahun dahulu (yang baju oren tu anak-anak Atuk)



Siapa sebenar Atuk kamu. Apa pendiriannya, apa pegangannya? Bagaimana lagi liku-liku hidupnya? Inya Allah, Abah akan catatkan untuk pengajaran kepada kita semua dari masa ke semasa. Sementara itu, ingat, Wan masih ada, sayangi Wan, kasihi Wan dan doakan kesihatannya dan Wan adalah sebahagian dari Atuk