Pengorbananmu di sanjung tinggi, Jasamu tetap di sanubari
Selamat Hari lahir Ibu..Moga Allah sentiasa mrahmati dan melindungi ibu..n sentiasa dipanjangkan umur
Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan usia pada 1 Syawal kali ini. Setinggi-tinngi kesyukuran dipanjatkan kerana kita semua masih merasai nikmat umur dan nikmat sihat ini, gunakanlah ia sebaik mungkin. Pada Aidilfitri kali ini, kami seperti biasa menyambut pagi 1 Syawal di Jerantut seperti tahun-tahun sebelumnya.
Kg Temin , Jerantut adalah kampung sebelah abah. Sebelah ibu kami di Kuala Lumpur. Salam Aidilfitri Maaf zahir dan Batin, buat abang-abang dan kakak ibu serta keluarga sebelah ibu yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Insyaallah kami akan pulang ke Selangor dalam bulan Syawal ini juga.
Pagi 1 Syawal kali ini agak kelam -kabut. Seisi rumah bersiap-siap seperti biasa dan menuju ke Surau Temin, setelah itu barulah bersalam-salam kemaafan.