Friday, May 29, 2009

Air Dicincang Takkan Putus


Assalamualaikum w.b.t

Kali ini, kami memperkenalkan pula keluarga besar kami sebelah abah. Dalam keluarga besar ini ada wan, nenek, pak long & mak long, pak itam & mak itam, pak andak & mak andak, ayah anjang & mak anjang, ayah chu & mak chu, mak ijan, mak su dan yang selebihnya adalah sepupu-sepupu kami.

Keluarga besar ini menetap di Kampung Temin, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Rumah ini akan penuh bila tibanya hari raya ataupun hari2 yg telah dirancang untuk memenuhkan rumah wan..;) Pada hari-hari bekerja wan tinggal bersama kak midah di rumah ini.


Ini pula suasana kampung kami di Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang, kami rindukan suasana itu, kerana kebiasaannya setahun sekali kami pulang ke kampung kami ini.


Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat : 10

"Sesungguhnya orang-orang beriman adalah saudara. Maka damaikanlah (perbaik hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah terhadap Allah, agar kamu mendapat rahmat."

Salam Muhibbah Salam Kasih Sayang

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, terimalah "Usrati Bainati Jannati" ini dari kami. Moga-moga ada kebaikan yang dapat kita ambil bersama-sama.

Abah dan ibu yg kami sayangi n cintai. Mr Hj Halidan Md Daud and Madam Hjh Hazlina bt Buang. Moga Allah SWT sentiasa berkati n permudahkan segala urusan abah n ibu, sentiasa diberi kekuatan n kesihatan yang berpanjangan:)


"Bismillahirrahmanirrahim..Allahummagh firlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayana soghira..Ameen"

Boyz team in our family, menjadi tulang belakang buat keluarga kita. Insyaallah

Kami anak-anak abah n ibu
Dari kiri atas : Halwani, Hanis Nadhrah, Khairunnisa' and Husna Aimi
Dari kiri bawah : Saiful Hadi, Muhammad Harith, Ahmad Syahmi and Haikal Asyraaf

Kamilah PERMATA anak kesayangan, kebanggaan Abah dan Ibu;)


Kami sayang abah n ibu. Abah Ibu ampunkan kami,anak2mu andai pernah mengguris hati kalian..doakan kecemerlangan kami di dunia dan akhirat, terima kasih abah dan ibu..jazakumullah khairan kathiran wa khairan jaza'.

Mujahid-mujahid muda,kalian harus kuat mengharungi arus dunia. De, Tam, Chu n Adik, teruskan usaha kalian untuk cemerlang di dunia dan akhirat sekaligus menggembirakan abah dan ibu, sesungguhnya perjalanan kalian masih jauh, teruslah menggerumudi hidup ini agar yg terbaik itu sentiasa menjadi milik kalian, jangan tinggal solat kerana solat itulah yg akan menjadi penguat n pendinding hidup kalian.

Mujahidah-mujahidah solehah harapan abah dan ibu. Achik, Ateh, Angah n Along, tetapkan pendirian kalian dengan Islam, teruslah melangkah mencari segala keindahan hidup ini berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, supaya ia menjadi bekal di akhirat kelak, kecemerlangan itu pasti milik kalian andai terus berusaha dan berdoa, innallahama'ana.


Moga-moga senyuman ini terus mekar dalam keluarga kita, ameen.

Inilah keluarga kami. Mg Allah sentiasa memberkatinya, insyaallah.

USRAH. Ape yg dimaksudkan dengan perkataan ini ye, keluarga??yup, inilah maksudnya, dalam institusi keluarga, pasti ada ayah, emak, n adik-beradik, n bg keluarga besar pl, adanya datuk, nenek, bapa saudara, emak saudara n sepupu, ahli keluarga inilah yg semakin melengkapkan institusi sesebuah keluarga tersebut.

Dalam USRAH inilah terhimpunnya simpulan dan ikatan2 hati yg sentiasa bertaut keranaNYA. Dan yg pastinya ikatan Aqidah Islamiyah lah yg menjadikan ia semakin kukuh dan utuh hari demi hari. Sama2 lah kita berusaha dan bertanggungjawab menyemai dan membaja serta memelihara ikatan institusi kekeluargaan ini, kerana jika dilihat realiti masa kini, punca gejala2 yg tidak diingini semakin berleluasa adalah disebabkan oleh kerapuhan sistem kekeluargaan.

Buat para ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak sekalian, marilah kita sama-sama memperkasakan institusi keluarga masing2, eratkan kasih-sayang antara kita, kembalilah pada ISLAM dlm setiap perkara. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah panduan hidup kita semua.

Allah berfirman dalam Surah al-Imran : 19
"Sesungguhnya agama yg benar dan diredhai Allah ialah Islam"

Walau dalam keadaan apa sekalipun, susah atau senang, sakit atau sihat, tetaplah kita kepada
Islam, insyaallah kita akan selamat di sisiNYA. Wahai keluargaku sekalian, ayuh, kita kukuhkan ikatan Kasih Sayang ini, tetapkan aqidah kita dengan Islam agar kita sentiasa terpandu olehNYA, teruslah berdoa agar kita sentiasa istiqamah di jalanNya ini. Ameen.
Wallahualam.