Thursday, June 25, 2009

Fikirkan Boleh!!



Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


"MATLAMAT tanpa USAHA sering dikaitkan dengan jiwa ANGAN-ANGAN

USAHA tanpa MATLAMAT ering dikaitkan dengan jiwa SIA-SIA

MATLAMAT disertakan USAHA pasti membawa kepada jiwa penuh KEJAYAAN"


Selamat Berjaya kepada semua yang bakal menempuhi semester dan alam pembelajaran baru. Usaha tangga kejayaan. Teruslah berdoa padaNya agar dipermudah segala urusan.

Wednesday, June 24, 2009

TIDUR - Berehat atau Ibadat??-

Haikal Asyraf sedang nyenyak tidur ;)

Tidur
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan.

Tempoh tidur mengikut usia

Usia vs Jumlah tidur purata seharian
i) Baru lahir - Sebanyak 18 jam
ii) 1-12 bulan - 14–18 jam
iii) 1-3 tahun - 12-15 jam
iv) 3-5 tahun - 11-13 jam
v) 5-12 tahun - 9-11 jam
vi) Remaja - 9-10 jam
vii) Dewasa/glongan tua - 7-8 (+) jam
viii) Wanita hamil - 8 (+) jam

Tidur bukan sekedar memenuhi erti merehatkan badan, malah tidur juga adalah ibadah. Di dalam waktu tidur juga terdapat banyak sunnah Rasulullah SAW. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.
Doa sebelum tidur :
"Allahuma bismika ahya wa amutu"
(Ya Allah, dengan nama Mu aku hidup dan aku mati)
Doa bangun tidur :
"Alhamdulillahi llazi ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaihi nusyur"
(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNyalah tempat kembali)."

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat.

3. Baca Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X)

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun), kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21

5. Niat untuk bangun Tahajjud.

6. Berwudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :
“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam amat mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan sempurna dan seimbang. Tidur juga dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Penuhilah adab-adab tidur agar ia menjadi ibadah yang sempurna di sisiNYa. Antara adab-adab tidur ialah :

1. Berwudhuk
Amalkan berwudhuk sebelum tidur agar sentiasa dirahmati dan dilindungi. Sebaik-baiknya juga gosoklah gigi sebelum masuk tidur.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan (muhasabah diri)
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . (amalkanlah cara tidur Rasulullah SAW)

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Ia dapat mencergaskan diri sepanjang hari. Insyaallah

Nikmat Makan Durian :)


Alhamdulillah, musim durian kembali lagi.
"Abah..nak makan durian, abah belilah durian." haikal merengek meminta durian.

Abah n Haikal buat ape ni? Belah durian ye..nyum..nyum

Abg Chu makan banyak durian ye. Seriusnyer muka abg chu makan;>


Waa..abah belah lagi la durian..sape nak makan ni?

Ape lagi? serbu semua!!

Tam, bestnye orang kat rumah makan durian, cepat la balik Kuantan. Awal Julai nanti, abah nak pergi tunggu durian kat kebun, meh la balik ;)

Siapa lagi nak ikut abah tunggu durian kat kebun?? cepat..cepat, masuk list;>>

Monday, June 22, 2009

Duhai Anak-anak Abah


Sesungguhnya anak-anak adalah kebanggaan dan harapan ibu-bapa. Dalam ugama kita, kita di ajar bahawa anak-anak adalah amanah daripada Allah s.w.t. Semakin dimamah usia, para ibu bapa pasti mengharapkan bahawa anak-anak akan menjadi tempat bergantung, tempat mengadu dan tempat mencurah kasih sayang. Semakin lagi tua ibu bapa, bukan benda dan kekayaan yang akan ditagih dari anak-anak, tetapi ingatan dan keprihatinan. Masa itu makan pun dah tak selera.

Dan yang lebih penting, apabila ibu bapa sudah tidak berada di dunia, maka doa dan amalan baik anak-anak sahajalah yang ditunggu sebelum mendapat keputusan akan kesudahan kita di hadapan Allah s.w.t.

Justeru itu, ibu bapa mana yang tak sayang anak? Ibu bapa mana yang tak mendoakan anak-anak? So, anak-anak kena faham, kadang-kadang kasih sayang ibu bapa tidak dizahirkan dengan kata-kata, tapi dipancarkan dari hati dan perasaan.

Allahu aklam, be good today, tomorrow n forever. Pray to Allah always.

Amin - fr yur Dad

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa "ABAH"


:: ABAH ::

Ketika berjauhan masihku rasa
Hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan yang selalu kau pemerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan

Terpancar kebanggaan dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati

Lyric and Lagu By Aeman (nasyid's group)


:: ABAH ::

Kami anak-anak mu

Wahai abah kami

Ampunkan kami anak-anakmu

Yang masih baru nak mengenali dunia ini

Sesungguhnya tidak mampu kami membalas pengorbanan dan jasamu Abah

Semoga dirimu sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan berpanjangan

Semoga segala penat lelahmu selama ini dinilai di sisiNYA

:: Selamat Hari Bapa ::

Saturday, June 20, 2009

Pastikan Kejayaan Dunia Dan Akhirat Milik Bersama


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah dengan segala nikmatnya yang tidak terhingga sehingga kini. Tahniah buat semua yang telah berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Teruskan usaha kalian juga agar terus berjaya bukan sekadar di dunia malahan di akhirat juga.

Buat ateh, selamat menempuh alam kampus, buat De selamat menempuh alam latihan industri. Buatlah sehabis baik, kerana kecemerlangan itu bukan mudah dikecapi. Along dan angah sudah melalui saat-saat yang bakal de dan ateh akan tempuhi, so kuatlah menghadapi segalanya. Jangan sesekali berputus asa. Solatlah dan terus berdoa padaNya.

Sesungguhnya Allah itu maha adil, maha pengampun dan penyayang. Buat Tam yang bakal menghadapi PMR, achik yang bakal menghadapi UPSR, berusahala, berazam dan bertawakal, sesungguhnya Allah tidak melihat hasilnya, tapi Allah menilai usaha kita.

Ingatlah segala yang kita perolehi dan kecapi waktu ini dan saat ini datang dari pencipta kita yang maha kuasa lagi maha esa iaitu Allah SWT. Sama-samalah kita jangan sesekali sombong kepadaNYA dengan tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Laksanakan segala perintahnya dan tinggallah segala larangannya.

Nikmat kesenangan, nikmat kesihatan, nikmat kejayaan, nikmat kegembiraan, rasa kesakitan, rasa keresahan, rasa kesusahan atau segala apa sahaja yang kita rasakan saat ini adalah ujian dariNya untuk melihat kita adakah kita ingat kepada pencipta kita yang memberi segala rezeki dan nikmat yang kita kecapi saat ini. Ini semua ujian, adakah kita lupa padaNYa? adakah kita mensyukuriNya?

Semua itu tetap dinilai disisiNya. Kerana dalam sekelip mata Allah berhak mengambil kembali segala yang telah diberikan kepada kita. Masa itu milik Allah, nyawa itu milik Allah, tidak mengira usia, waktu, jantina. Ingatlah apabila tiba saat itu, amal ibadat kita lah yang akan menjadi saksi, menemani dan mengiringi kita ke alam seterusnya.

Diri yang menulis ini juga turut akan diuji kata-katanya. Moga Allah tetapkan hati kita semua di jalanNya dan sentiasa terpandu olehNya."Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami." Wallahualam.

Friday, June 19, 2009

Anak Soleh





Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah

Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh


Lirik dan Nasyid : UNIC