Wednesday, June 24, 2009

TIDUR - Berehat atau Ibadat??-

Haikal Asyraf sedang nyenyak tidur ;)

Tidur
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan.

Tempoh tidur mengikut usia

Usia vs Jumlah tidur purata seharian
i) Baru lahir - Sebanyak 18 jam
ii) 1-12 bulan - 14–18 jam
iii) 1-3 tahun - 12-15 jam
iv) 3-5 tahun - 11-13 jam
v) 5-12 tahun - 9-11 jam
vi) Remaja - 9-10 jam
vii) Dewasa/glongan tua - 7-8 (+) jam
viii) Wanita hamil - 8 (+) jam

Tidur bukan sekedar memenuhi erti merehatkan badan, malah tidur juga adalah ibadah. Di dalam waktu tidur juga terdapat banyak sunnah Rasulullah SAW. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.
Doa sebelum tidur :
"Allahuma bismika ahya wa amutu"
(Ya Allah, dengan nama Mu aku hidup dan aku mati)
Doa bangun tidur :
"Alhamdulillahi llazi ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaihi nusyur"
(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNyalah tempat kembali)."

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat.

3. Baca Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X)

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun), kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21

5. Niat untuk bangun Tahajjud.

6. Berwudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :
“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam amat mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan sempurna dan seimbang. Tidur juga dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Penuhilah adab-adab tidur agar ia menjadi ibadah yang sempurna di sisiNYa. Antara adab-adab tidur ialah :

1. Berwudhuk
Amalkan berwudhuk sebelum tidur agar sentiasa dirahmati dan dilindungi. Sebaik-baiknya juga gosoklah gigi sebelum masuk tidur.

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan (muhasabah diri)
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . (amalkanlah cara tidur Rasulullah SAW)

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Ia dapat mencergaskan diri sepanjang hari. Insyaallah

No comments:

Post a Comment