Saturday, June 20, 2009

Pastikan Kejayaan Dunia Dan Akhirat Milik Bersama


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah dengan segala nikmatnya yang tidak terhingga sehingga kini. Tahniah buat semua yang telah berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Teruskan usaha kalian juga agar terus berjaya bukan sekadar di dunia malahan di akhirat juga.

Buat ateh, selamat menempuh alam kampus, buat De selamat menempuh alam latihan industri. Buatlah sehabis baik, kerana kecemerlangan itu bukan mudah dikecapi. Along dan angah sudah melalui saat-saat yang bakal de dan ateh akan tempuhi, so kuatlah menghadapi segalanya. Jangan sesekali berputus asa. Solatlah dan terus berdoa padaNya.

Sesungguhnya Allah itu maha adil, maha pengampun dan penyayang. Buat Tam yang bakal menghadapi PMR, achik yang bakal menghadapi UPSR, berusahala, berazam dan bertawakal, sesungguhnya Allah tidak melihat hasilnya, tapi Allah menilai usaha kita.

Ingatlah segala yang kita perolehi dan kecapi waktu ini dan saat ini datang dari pencipta kita yang maha kuasa lagi maha esa iaitu Allah SWT. Sama-samalah kita jangan sesekali sombong kepadaNYA dengan tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Laksanakan segala perintahnya dan tinggallah segala larangannya.

Nikmat kesenangan, nikmat kesihatan, nikmat kejayaan, nikmat kegembiraan, rasa kesakitan, rasa keresahan, rasa kesusahan atau segala apa sahaja yang kita rasakan saat ini adalah ujian dariNya untuk melihat kita adakah kita ingat kepada pencipta kita yang memberi segala rezeki dan nikmat yang kita kecapi saat ini. Ini semua ujian, adakah kita lupa padaNYa? adakah kita mensyukuriNya?

Semua itu tetap dinilai disisiNya. Kerana dalam sekelip mata Allah berhak mengambil kembali segala yang telah diberikan kepada kita. Masa itu milik Allah, nyawa itu milik Allah, tidak mengira usia, waktu, jantina. Ingatlah apabila tiba saat itu, amal ibadat kita lah yang akan menjadi saksi, menemani dan mengiringi kita ke alam seterusnya.

Diri yang menulis ini juga turut akan diuji kata-katanya. Moga Allah tetapkan hati kita semua di jalanNya dan sentiasa terpandu olehNya."Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami." Wallahualam.

No comments:

Post a Comment