Gambar Atuk (Md. Daud bin Mat Sam) di dalam pejabatnya, sewaktu menjadi Guru besar Sek. Keb Jengka 16 (1977 - 1984). Ketika itu berumur sekitar 50an.
Pemandangan Kg. Bantal Ulu Tembeling, dari seberang
Sewaktu mengangkat takbir solat tahiyatul masjid sebelum waktu subuh Jumaat 7 Ogos 2009 (di Masjid Kg. Bantal, Ulu Tembeling), air mata Abah tidak tertahan, mulanya bergenang di kelopak mata, kemudian membasahi pipi. Terkenang Atuk kamu semua, (Tok Daud) ayahanda Abah. Di masjid inilah (bangunan dah berubah), di kampung inilah Atuk telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dalam waktu yang cukup singkat dalam sejarah hidupnya. Selama satu tahun Atuk telah bertugas di sini sebagai Guru Besar, Sek. Keb. Kg. Bantal pada tahun 1975. Ini adalah kunjungan kali kedua Abah setelah kunjungan pertama pada tahun 2003.
Kini, selepas 34 tahun Atuk berada di sini, beliau masih diingati dan masih disebut namanya oleh mereka-mereka yang sempat bersama beliau. Sebahagiannya bekas anak muridnya, sebahagiannya adalah penduduk kampung yang telah dewasa semasa Atuk berada di kampung ini.
Sebaik menjejak kaki di jeti Kg. Bantal kira-kira jam 5.15 petang 6 Ogos, mata Abah mencari-cari orang-orang kampung yang agak berumur (>50an) yang berdiri mesra di tebing sungai jeti Kg. Bantal. Memang katanya begitulah kebiasaan penduduk di situ yang berehat di waktu petang, atau tidak mengira masa. Suasana tenang dan nyaman, memandang ke arah sungai yang menyaksikan perahu hilir mudik. Tidaklah begitu sibuk, tapi menyeronokkan. Sambil bersalaman, hati abah tidak sabar untuk memperkenalkan diri sebagai ‘anak cikgu Daud, yang pernah mengajar di sini’. Tidak sukar sama sekali untuk berjumpa dengan orang-orang yang mengenali Atuk. Selepas itu, orang kampung yang memang mudah mesra, lebih lagilah mesranya atas tiket ‘anak cikgu Daud’.
Ungkapan ‘ohhh...., anak cikgu Daud, yang makan sireh, yang hisap paip tu, kenal sangatlahhh....(identiti atuk) Rapat sangat, baik sangat dengan kome tuhh...’
‘Ayah aook (awak) tu baguh sangat, macam-macam pandainya dia. Serba serbi boleh, pandai berdikir, pandai mengemping, pandai main badminton. Tu padang badminton tu masa dialah embuatnya’.
‘Dengan bbebudak muda pandai, dengan orang tua pun pandai, pendeknya kome seronok sangat masa ada dia’
‘Masa dia ada, kome kenduri sokmo de masjid tu, jemaah (sembahyang jemaah) pun ramai’
‘Kuat mencari ikan tuh, siang malam tak kira’
Itulah ungkapan yang masih amat segar dalam ingatan orang-orang kampung yang sempat bersama dengan Atuk. Bayangkan, semua itu disebut selepas 34 tahun Atuk bersama mereka. Abah cukup kagum dengan kehebatan Atuk kamu. Betapa setelah sekian lama meninggalkan kampung ini, orang-orang yang memperkatakan tentang dia amat mengingati peristiwa-peristiwa bersama dengan dia. Betapa dia amat merendah diri, betapa dia begitu mesra, betapa dia menghormati orang tua dan betapa dia dapat menawan hati golongan muda. Kesemua itu Abah tidak merasai tidak menyedari dan tidak menghayati semasa hidupnya Atuk. Dan betapa kini Abah cuba menjejaki cuba mengingati dan cuba mempelajari kualiti yang ada pada diri Atuk. Betul sangatlah kata Wan, ‘Abah dema tu, air kaki Atuk pun tak ada’.
Betapa ruginya Abah, tidak menyedari dan tidak mempelajari segala kualiti tersebut semasa hayatnya. Kini, ‘I’m learning through the hard way, by trying to gather the good qualities of Atuk, from the mouth of other peoples. I really miss him. Marilah kita doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Gelanggang badminton dan Masjid yang menjadi tempat aktiviti Atuk
Pemandangan dari masjid menghala ke jeti Kg. Bantal (pastinya tempat Atuk bermenung mengingatkan keluarga yang ditinggalkan semasa bertugas).
Rakan dan bekas anak murid Atuk yang masih segar mengingati peristiwa semasa bersama Atuk 34 tahun dahulu (yang baju oren tu anak-anak Atuk)
Siapa sebenar Atuk kamu. Apa pendiriannya, apa pegangannya? Bagaimana lagi liku-liku hidupnya? Inya Allah, Abah akan catatkan untuk pengajaran kepada kita semua dari masa ke semasa. Sementara itu, ingat, Wan masih ada, sayangi Wan, kasihi Wan dan doakan kesihatannya dan Wan adalah sebahagian dari Atuk
al-fatihah..waa sedihnye..ini putaran kehidupan..teruskan berbakti dan beramal kepada semua yg berada di sekeliling kita..kerana suatu hari nnti..pasti kite akn menghargai atau menyesali saat-saat yg pernah kite lalui sebelum ini..
ReplyDeletewan penah cite kat along..along kan lahir 5 julai 1986..abah bawa balik along dari hospital kuantan terus balik umah wan..mase tu merah lagi..coz atuk da tak sihat tym tu..ibu masih kene tahan dekat wad..so along la yg sempat atok pegang..atok dodoikan..atoi bacakan ayat2 al-quran..atok letak atas dada atok..tym atok baring..mungkin tym tu atok sgt bersyukur sempat pangku n pegang cucu atuk yg pertama..mgkin jg atuk sedih kan..wallahualam.tp yg pastinya Allah lebih menyayangi atuk..atuk telah kembali ke rahmatullah pada 26 julai 1986..mg setiap amal dan doa dari kite sentiasa bersama atuk..al-fatihah
ReplyDeletetiba-tiba sgt sedih sekarang ni..along pun rs sgt rindu kat atuk..rse nk borak ngan atuk..nk denga cite n pengalamn n nasihat atuk.abah msti lagi rasa kan..adik-beradik abah..wan..cucu-cucu atuk sume, teruskan berbakti n beramal soleh..atuk da wat yg terbaik sewaktu hidupnya..kite kene teruskan kecemerlangan ni..akhlak, sakhsiah, peribadi..
ReplyDeleteal-fatihah...sedih dan rindu pulak dgn imbauan ni. Walaupun m.ijan x dpt mengenali atuk sedalam abah...tp rasa bangga dan syukur menjadi anak atuk sgt tinggi dlm diri ni. Rasanya sebahagian dr semangat atuk ada dlm diri kita semua...semoga kita kaum keluarga dpt teruskan dgn keperibadian tu.
ReplyDeleteSatu yg m.ijan ingat sekali masa sekolah rendah dulu...setiap pagi lepas subuh mesti dgr arwah atuk mengaji smpai siang kt depan rumah. Lepas tu wan akan suruh m.ijan hantar teh panas (x kacau susu) utk atuk.klau teringat skrg ni rasa sayu je...rindu....