Wednesday, July 29, 2009

Moga Ibu Cepat Sembuh


Salamalaik..
Sekarang ni musim demam masih lagi membelengu kita. Malam semalam baru dapat call "Ibu demam". Dah beberapa hari demam, sakit-sakit badan. Moga Allah sembuhkan ibu sepenuhnya dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa.

Pelbagai wabak yang menyerang negara kita sekarang ini, yang terbaru dan terhangat virus influenza A, H1N1. Adakah wabak-wabak ini suatu musibah untuk kita?atau suatu bala?mungkin juga ia kifarah dosa buat kita semua. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. :)
Buat De yang berada di Selangor, selamat meneruskan Latihan Industri dengan cemerlang, Ateh di Muadzam Shah, kene lagi kuat untuk hadapi semuanya dan Tam di Terengganu, belaja molek2 deh. Doakan kesihatan Ibu.



Tuesday, July 7, 2009

Sarapan Pagi -nak ke tak nak??-


gambar hiasan semata-mata ;)


Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Terdapat pelbagai kerenah manusia terutama remaja yang berada di bangku sekolah tentang tabiat bersarapan pagi antaranya:
· Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.
· Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.
· Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak.
· Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.
· Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin. Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak.

Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.

Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Oleh: Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya 2006)

:: Sama-sama kita mengambil sarapan pagi..supaya kita semua lebih cergas dan bertenaga untuk meneruskan hari baru yang cemerlang, dapat belajar bersungguh-sungguh. Ibu dan abah kan selalu sarapan pagi, kita semua mesti ambil sarapan juga, tapi bukan makanan yang berat, cukup untuk mengaktifkan dan memberi tenaga kepada otak dan badan :) ::

Sunday, July 5, 2009

Happy Birthday Along..

Husna Aimi

Selamat Hari Jadi. Semoga sentiasa di atas kerja menegakkan agama Allah. Sihat afiat sentiasa
-Abah

Selamat Hari Lahir. Semoga d panjg umur dmurhkn rezeki dan dlm keberkatan Allah sepanjang masa. -Ibu

5 Julai 1986

Happy bufday..mge pnjg umur n sng2 selalu..epy alwayz..selamat hari tue;)..
-your beloved brothers and sisters

Wednesday, July 1, 2009

Selamat Hari Lahir Tam..

ahmad syahmi 1 julai 1994


Awan berarak ceria tiada titisan hujan,


Pohon melambai tanda sokongan,

Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,


Dihari lahirmu,


Dedaun berguguran,

Membuktikan kedewasaan,


Walau tanpa madah dan hadiah,


Namun cukup untukmu sekadar ucapan



Selamat Hari Lahir,


Iringan doa kami hulur,


Bersyukur kepada-Nya,


Atas nikmat usia,


Awan berarak ceria tiada titisan hujan,


Pohon melambai tanda sokongan,


Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,


Dihari lahirmu,


Usiamu ibarat mutiara,


Tiada berganti lagi,


Hiaskan iman bersulam taqwa,


Agar sempat menuju haruman syurgawi,



Selamat Hari Lahir,

Iringan doa dihulur,


Bersyukur kepada-Nya,


Atas nikmat usia.


Lyric n lagu by Saujana



Abang Tam Selamat Hari Lahir yang ke-15


Belajar sungguh-sungguh, moga dapat yg terbaik dlm PMR nnti


Jaga diri elok2 kat Maahad Terengganu


Kami semua sentiasa mendoakan Tam..