Sunday, September 27, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA

1 Syawal 1430H
Rumah Wan, Kg Temin, Jerantut, Pahang Darul Makmur


Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan usia pada 1 Syawal kali ini. Setinggi-tinngi kesyukuran dipanjatkan kerana kita semua masih merasai nikmat umur dan nikmat sihat ini, gunakanlah ia sebaik mungkin. Pada Aidilfitri kali ini, kami seperti biasa menyambut pagi 1 Syawal di Jerantut seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kg Temin , Jerantut adalah kampung sebelah abah. Sebelah ibu kami di Kuala Lumpur. Salam Aidilfitri Maaf zahir dan Batin, buat abang-abang dan kakak ibu serta keluarga sebelah ibu yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Insyaallah kami akan pulang ke Selangor dalam bulan Syawal ini juga.

Pagi 1 Syawal kali ini agak kelam -kabut. Seisi rumah bersiap-siap seperti biasa dan menuju ke Surau Temin, setelah itu barulah bersalam-salam kemaafan.

Satu Family di pagi 1 Syawal 1430H

Wan yang kami sayangi. Moga sentiasa diberikan kesihatan olehNya

Anak bongsu wan:)


Kanak-kanak beratur kumpul duit raya;)

Panjangnya barisan tak habis lagi

Adik-beradik abah yang menyambut pagi Syawal di Temin. Mak Itam dan Mak Andak di rumah mertua mereka.

Kak Pah dan kak Midah bersama Wan. Jangan sedih2 kakak walaupun keluarga berjauhan di seberang sana

Anak-anak perempuan ibu dengan kehijauan masing2. Anak-anak lelaki bersama Abah sudah pergi beraya ke sekeliling kampung

Dua pasangan adik-beradik 'posing' baju raya

Rombongan ziarah satu kampung tiba ke rumah wan
Inilah aktiviti kami sekeluarga pada 1 syawal. Dari pagi hinggalaj malam tidak henti-henti tetamu berkunjung ke rumah wan. Semua orang keletihan pada malamnya.
Sama-sama kita jadikan amalan ziarah-menziarahi ini sebati dalam kehidupan kita. Apabila kita saling ziarah-menziarahi, ikatan hati antara kita menjadi semakin kuat. Inilah yang kita harapkan supaya umat Islam bersatu bukan sekadar luaran tetapi dalamannya juga. Insyaallah jika ruh ukhwah ini dihidupkan, kita mampu menyelamatkan seluruh umat Islam dari anasir-anasir jahiliyah. Bersatulah wahai kaum muslimin!!

*************************************************************************************
Hari Raya ke -2
Bertolak ke Kg Lubuk Kulit, Kuala Lipis Pahang
Kampung kelahiran Abah dan keluarga sebelah Wan menetap di sini
*************************************************************************************

Pagi 2 Syawal kami sekeluarga telah bertolak ke Kg Lubuk Kulit menuju ke rumah Tok Anjang. Setelah Mak Andak tiba di Temin, kembara raya pun bermula. Sejam selepas itu kami tiba di Kg Masjid Berchang, berhenti berehat seketika. Mak Itam dan keluarga telah tiba ke rumah Tok anjang dan menunggu kami di situ.
Mangambil posisi rehat masing-masing di tangga sebelah Masjid Berchang

Wan berehat di dalam kereta sahaja bersama cucu comelnye;)

Dua orang pelajar tingkatan 3 (Tam dan Muiz) yang bakal menduduki PMR bermula 7 Oktober ini sedang mendengar Taklimat Menjawab Kertas Soalan Sains oleh Cikgu Siti Salmah (Mak Chu) ;) Tu buat-buat dengar ke tak dengar tu??hehehe

Setelah itu kami menziarahi pusara keluarga yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat allahyarham sekalian. Ayah Chu telah mengelepai bacaan tahlil ini.

Tok anjang dan Tok Lang bersama Abah, inilah adik-beradik wan di Kuala Lipis

Setelah itu semua menyusuri jambatan gantung untuk pulang ke rumah Tok Anjang. Pelbagai aksi dapat dilihat semasa menyusuri jambatan ini;)

Siap bergambar lagi ye anak teruna dekat jambatan gantung ni.

Menikmati suasana kampung di tengahari yang terik

Berlari-lari menuju ke rumah tok anjang. Nak cari air minum la tu

Macam ada perbincangan serius je antara Along n De tu??

Anak-anak teruna bersama bapa-bapa sudah tidak sabar lagi dan terjun ke Sungai Telam. Sungai inilah yang menjadi punca air utama di perkampungan ini suatu ketika dahulu.

Anak-anak perempuan hanya berada di tebing sungai memerhatikan gelagat anak-anak teruna mandi. Semuanya kempunan nak mandi tapi kene bagi peluang dekat kaum Adam terlebih dahulu

Pertandingan berenang pass baton akan bermula dengan kiraan 3..2..1!!

Semua anak-anak teruna menunjukkan aksi hebat renang masing-masing sampai tidak perasan ada penonton lain di seberang sungai sebelah sana. Kecoh kampung dibuatnya

Ini rupanya master mind mereka, Abah dan Ayah Chu;) Kumpulan siapa yang menang berenang pass baton ni?? Kumpulan ayah chu ke kumpulan abah??

Tak nak naik-naik lagi ke? Cukup-cukup la tu, anak-anak perempuan nak terjun pula:)
Para-para ibu sedang sibuk memasak di rumah tok anjang. setelah makan, solat dan berbual-bual. Kami bertolak pulang semuala ke Kg Temin. Di sebelah malamnya pula aktiviti bebas dan santai keluarga.

Yang Jauh Kita Dekat-dekatkan, Yang Dekat kita rapat-rapatkan. Itulah pepatah Melayu yang sering kita dengari. Teruskan menziarahi sanak saudara, kaum keluarga yang sememangnya jarang diberi kesempatan untuk berjumpa. Jadi peluang cuti di perayaan ini dan peluang berkumpul bersama kita gunakan semaksima mungkin. Pohon kemaafan, leburlah dosa di tapak tangan mu, maafkan segala silap dan salah.


*************************************************************************************
Hari Raya ke -3
Bertolak ke Kuala Tahan, Jerantut, Pahang
Kampung arwah Tok kami, tok Daud pernah mengajar di sini suatu waktu dahulu
************************************************************************************
Alhamdulillah, pada pagi 3 syawal, kami semua diberikan kesempatan lagi untuk meneruskan kembara ziarah raya kami. kali ini kami menuju ke Kampung Arwah atok kami pernah berkhidmat, di kuala tahan, berhampiran dengan Jeti taman Negara. Kampung ini berhampiran dengan kampung kelahiran arwah atok iaitu di Kg Chebong.

Sekolah inilah yang atok kami pernah mengajar suatu waktu dahulu. Ramai anak murid beliau yang masih mengingati beliau di sini. Moga segala amalan atok menjadi saham di Akhirat kelak. Al-Fatihah

Abah bersama adik beradiknya, ipar duainya serta anak-anak dan anak-anak saudara menziarah di sekeliling sekolah mengimbas kenangan ketiuka mereka menetap di sini suatu ketika dahulu.

Rumah inilah yang Arwah atok bersama keluarga tinggal kira-kira 30 tahun yang lepas.

Jeti Taman Negara

Cucu atok berada di Kg tempat Atok pernah mengajar. Pasti atok bangga melihat kami semua berpijak buat kali pertamanya di sini

Di tepi Jeti taman negara. Menunggu bot yang tidak kunjung tiba untuk mebawa kami ke seberang sana

Bersolat di Masjid kuala Tahan. perbincangan perjalanan seterusnya

Masa makan tengahari telah tiba. Beratur semua untuk makan!!

Makan dalam kepenatan

Menjamu selera sepuasnya

Alhamdulillah

Ziarah ke rumah wan long, sepupu arwah atok

Cucu wan memenuhi ruang tamun rumah wan long

Jejak kasih, setelah sekian lama tidak berjumpa

Konvoi Raya diteruskan lagi ke rumah mak chu

Bersama keluarga mak chu di halaman rumah mereka

Hari pun semakin senja, kami bersiap-siap untuk pulang semula ke Kg Temin. Hajat untuk terjun ke sungai Pahang kami pendamkan kerana air sungai tersangatlah deras. Insyaallah kami akan datang lagi untuk bersantai di sini.

Konvoi ziarah raya 6 biji kereta bertolak pulang dengan kepuasan masing-masing kerana berjumpa sanak-saudara. Inilah nikmat yang tidak dapat kami lupakan pada Syawal kali ini. Walaupun letih dan penat tetapi hati masing-masing gembira. Nikmat yang Allah kurniakan tidak terhingga. Bersama kita mensyukuri segala nikmaynya agar kita tidak menjadi insan yang alpa dan leka. Moga Allah sentiasa memelihara kita dalam kasih-sayangNya.
wallahualam

## ##SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEMUA BUAT SEMUA YANG MENGENALI KELUARGA KAMI. MAAF DIPINTA DAN DIPOHON SEANDAI ADA APA2 YANG TIDAK SENANG DI HATI DAN MATA KALIAN DAN SEGALA KESALAHAN YANG PERNAH KAMI LAKUKAN SECARA SEDAR ATAU TIDAK. KAMI SEMUA INSAN BIASA TIDAK LEPAS DARI SALAH DAN SILAP. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH ####

No comments:

Post a Comment