Tuesday, September 8, 2009

Tingkatkan Sinergi di 10 Malam Terakhir


Ramadhan semakin melabuhkan tirainya, hari ini sudah 18 Ramadhan, hanya lebih kurang 10 hari sahaja lagi umat Islam berada di bulan yang penuh barakah ini. Adakah kita semua benar2 menghayati bulan mulia ini?Marilah sama-sama kita teruskan meningkatkan amal ibadat, moga segala amal ibadat yang dilakukan mendapat nilaian di sisiNya.

Adakah kita semua masih dipanjangkan umur untuk Ramadhan yang akan datang? Anggaplah ini Ramadhan kita yang terakhir, jangan di malam 1 yawal nanti kita menangisi atau menyesali kerana tiada apa pun yang kita dapat sepanjang berada di bulan Ramadhan ini.

Bulan Ramadhan ini sering kita sebut sebagai bulan puasa, jika kita tidak benar-benar menghayati Ramadhan ini, apa yanga hanya kita dapat di akhir Ramadhan ini? Penat berpuasa, itu sahaja yang mungkin kita peroleh jika kita menganggap Ramadhan ini hanya bulan puasa.

17 Ramadhan baru melepasi kita, iaitu hari Nuzul Al-Quran, pada tahun ke 41 keputeraan Nabi SAW, di Gua Hira' baginda berkhalwat memikirkan masalah umat, ketika itulah malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama kepada baginda, "Iqra' ", Maka Nabi menjawab "Aku tidak tahu membaca" Sebanyak 3 kali Malaikat meminta nabi membaca serta memeluk nabi. Rasulullah SAW berasa amat takut, lalu berlari pulang ke rumah. Disitulah bermulanya kisah penurunan Al-Quran secara berperingkat-peringkat kepada nabi SAW.

Surah al-Baqarah : 185
"Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian alam dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar atau yang salah"


Buat semua umat Islam, tingkatkan ibadat di sepuluh malam terakhir ini. Moga-moga kita semua berjumpa dengan malam Lailatul Qadar.Buat anak-anak abah semua, teruskan bertadarus Al-Quran dan menghayati bulan Ramadhan ini. Moga kita semua dapat menikmati ketenangan di pagi 1Syawal nanti. Insyaallah
-along-

No comments:

Post a Comment